Tuesday, August 20, 2013

KISAH DUA MALAIKAT

KULIAH INTERNET.
 
 
 
KISAH DUA MALAIKAT.
 
Yunus bin Ubaid dari Al-Hasan berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Setiap anak Adam itu
akan dijaga oleh dua Malaikat, dan Malaikat yang sebelah kanan itu lebih berkuasa dari yang
sebelah kiri". Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang sebelah kiri akan
bertanya kepada Malaikat yang sebelah kanan, "Apakah yang harus aku catat?" Maka berkata
Malaikat yang sebelah kanan, "Jangan kamu catat dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa".
Kemudian bertanya Malaikat yang disebelah kiri lagi, "Kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah
yang harus aku catat?". Berkata Malaikat yang sebelah Kanan, "Biarkan sehingga dia membuat
kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda. Oleh
itu, kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa yang 5 dan kami catatkan 5 hasanat." Apabila syaitan mendengar yang demikian, maka dia pun menjeritlah sambil berkata, kalau macam ini bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam".
 
Pengajaran:
 
Lihatlah bagaimana Allah SWT begitu sayang kepada kita sehingga memberi kita begitu banyak peluang untuk kita berfikir. Contohnya, apabila kita membuat satu kejahatan, maka kita cuma dicatat satu dosa tetapi apabila kita membuat satu kebaikan, maka kita akan dicatatkan 10 kebaikan. Allah SWT memberi kita peluang dengan memanjangkan usia kita supaya kita akan bertaubat dan kembali menyembahnya. Yang pastinya, Allah SWT sentiasa menerima kita. Allah SWT menyanyangi kita 70 kali dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Ingatlah dunia hanyalah sementara dan kita akan kembali mengadapnya. Segeralah kerjakan apa yang dituntut oleh agama Islam. Isyaallah segala dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT dan beristigfarlah banyak-banyak mudah mudahan kita mendapat kejayaan didunia dan diakhirat.
Wallahualam...
 
Pesanan:
 
Orang yang berilmu dan tidak ingin mengajarkannya kepada orang lain adalah tergolong orang-orang yang miskin dan hidup dalam kesunyian diakhirat kelak, manakala orang yang berilmu tetapi sentiasa mengajarkannya kepada orang lain adalah tergolong orang-orang yang kaya bila diakhirat nanti.
 
Mursalim. HSM

Tuesday, December 14, 2010

Siapakah Raja Sabah yang sebenarnya...?

Fokus:


Oleh ABDUL KADIR UDIH


BAGI penduduk Sabah tidak ramai yang mengetahui bahawa negeri ini dahulunya mempunyai raja atau pemerintah sendiri. Apa yang ingin dipaparkan disini ialah supaya orang ramai tahu akan kewujudan Raja Sabah.


Sedikit sebanyak fakta ini akan dapat dimemorikan disanubari setiap penduduk negeri ini terutamanya golongan remaja yang langsung tidak mengetahui sejarah awal negeri Sabah.


Dalam sejarah awal Borneo iaitu sebelum kedatangan Islam, negeri ini diperintah oleh suku kaum Kayan yang mana raja mereka bergelar Raja Kayan. Raja ini memang terkenal dengan keberanianya dan kegagahannya sehinggalah banyak kawasan yang jatuh dibawah kekuasaannya.


Keturunan raja ini akhirnya jatuh kepada Tamamak Makang iaitu adik kepada OKK semaik makang. Tamamak Makang telah berkahwin dengan puteri Raja Sarawak iaitu (Pangeran Shahbandar Muhammad Salleh) yang bernama Piah Siti Lawoyah.


Selepas perkahwinan tersebut, Tamamak Makang telah diangkat menjadi OKK Shahbandar. Beliau telah memeluk Islam sebelum berkahwin dengan Puteri Raja Sarawak tersebut. Pada hakikatnya, dari sinilah keturunan Raja ini mendapat pengiktirafan dari para penduduk dan orang asing yang masuk ke negeri ini.


Raja Kayan telah dikurniakan empat orang putera dan telah ditakdirkan pula keempat-empat puteranya itu kesemuanya telah menjadi pemerintah dimana anak tuanya bernama Pangeran Raja Ahmad atau bergelar Raja Baidura yang memerintah di Sulawesi, manakala Pangeran Muhammad Jamalul Alam dan Pangeran Muhammad Jamalul Kiram pula memerintah di Sulu, dan manakala Pangeran Shahbandar Hassan Jamalul Kiram memerintah di North Borneo.


Sabah mendapat namanya adalah daripada singkatan nama Pangeran Shahbandar Hassan iaitu "Shah" disingkatkan menjadi "Sa" dan "Bandar" diringkaskan menjadi "Ba" dan jika dicantumkan akan menjadi "Saba" dan sekarang ini disebut Sabah.


Pangeran Shahbandar Hassan Jamalul Kiram juga digelar "Raja Shahbandar" dikalangan orang-orang Suluk. Memang benarpun kerana Pangeran Shahbandar Hassan adalah Raja Sabah yang sebenarnya.


Sebelum kedatangan pihak British, Raja Kayan telah mempunyai lambang pemerintahannya sendiri. Lambang pemerintahannya adalah berasaskan kepada dua orang yang mana seorang memegang "Taming" dan seorang lagi memegang "Parang" (Badi) dan kedua-duanya pula kelihatan sedang menjunjung sebuah mahkota. Orang yang memegang Taming itu ialah OKK Shahbandar Tamamak Makang (Raja Kayan) dan yang memegang parang itu ialah anaknya iaitu Pangeran Shahbandar Hassan Jamalul Kiram iaitu raja pemerintah selepas bapanya.


Kemasukan pihak asing kenegeri ini untuk menyewa beberapa kawasan untuk dimajukan iaitu Alfred Dent bersaudara dan Gustavos Baron Overback (bangsa Austria) telah menandatangani perjanjian dengan Pangeran Shahbandar Hassan pada 22 Januari, 1878 dengan dipersetujui bayaran pampasan sewa tahunan.


Dalam surat perjanjian tersebut cop lambang pemerintahan Raja Kayan telah digunakan iaitu dibahagian atas sebelah kiri surat perjanjian tersebut berserta tiga logo pemerintahan kuasa asing, tetapi ianya telah diubahsuai sedikit.


Walau bagaimanapun lambang orang yang memegang taming dan parang tetap dikekalkan sebagai lambang pemerintahan Raja Kayan. Hingga kehari ini, hasil kesan-kesan sejarah ini masih dalam tandatanya??? adakah suatu hari nanti ianya pastiii ...???!!!